Wednesday 5 December 2012

Punca dan cara mengatasi JERAWAT!

                               
Hi assalamualaikum!
The best moment in life............................. Emergency! Bila jerawat even sebijik tumbuh pun kita dah macam 'Omg kenapa time macam ni kau nak tumbuh!' lagi lagi bila kita nak hari kita nak keluar dengan kawan ke dengan bf ke lagi best time hari nak bergambar kannn! Memang rasa gambar tu akan nampak buruk sangat buruk hanya disebabkan JERAWAT. Siapa benci jerawat angkat perut :p Eh terangkat tak perut korang? :p Hahahaha lol joke. Okay so hari ni nak bincang sikit pasal jerawat. Minah kepoh selalu jumpa tweet macam ni kat twitter. Eh saya remaja eh confirm ah layan si burung biru tu~~~

#KamiRemaja benci dengan jerawat. Jerawat, please go away. Saat paling best, jerawat takde dekat muka.
Yaaaaaaaaaa siapalah yang suka ada jerawatkan. Bila ada jerawat je keyakinan diri macam dah hilang. Kalau ada jerawat orang cakap, alahhh normallah tu. Tapi cuba kalau diri sendiri yang ada jerawat, Ha ha ha normal tak? Rasa macam masalah besar je kan. Well minah kepoh cakap macam ni bukannya sebab muka minah kepoh bersih suci mulus dan terhindar daripada jerawat. Eh noo tak tak. Jerawat suka berkawan dengan saya tau :( Tu yang sedihnya even pelbagai jenis pencuci muka dah pakai. Lagi lagi time cuti macam ni confirm ah malas gila nak cuci muka kan. And jerawat makin buat pesta bila ABC dah nak datang. Itu sebab hormon tak stabil ke apatah. Wa sudah lupa! Ah sudahlah. Asyik pot pet pot pet je. Nak share punca jerawat jap.


  1. Jerawat berpesta sebab korang tak jaga kebersihan!-Jangan nak menafikan yang korang ni sebenarnya pemalas nak cuci muka! :p Bila jerawat timbul je baru lah nak cari pencuci muka. Barulah nak selalu cuci muka semua. Masa tu dah terlambat weh! Terlambat. And bila jerawat tu dah macam gunung berapi nak meletop, janganlah korang duk garu je. Dah la tangan korang penuh dengan kuman semua. Nak garu pakai belakang tangan and pastikan bersih. Cuci dulu bersih bersih! Atau tak pun pakai hand sanitizer setiap hari. Baru lah kurang kuman. And kalau boleh nak garu tu pakai tisu. 
  2. Kulit berminyak.-Sukan sukan jugak. Tapi kalau berpeluh tu cepat cepatlah lap muka dengan tuala atau tisu yang bersih. Jangan biarkan peluh tu kalau tak nanti jerawat cepat timbul tahu! Nak jerawat jadi sahabat sejati andakah? :D
  3. Kurang makan sayur dan buah buahan.
    -Minah kepoh pun padahal BENCI SAMA SEKALI DENGAN SAYUR YANG BERWARNAH HIJAU :D Oleh itu, saya tak nak kurang makan buah sebagai ganti tak makan sayur. Tapi korang janganlah benci sayur macam saya okay! Makanlah sayur-sayuran untuk kesihatan anda! Kulit pun licin je nanti. Hehehehe.
  4. Terlalu makan makanan berminyak, manis dan berlemak.
    -Segala makanan yang berada paling atas dalam piramid makanan sila dijauhi ataupun dikurangkan. Bukanlah takleh makan terus. Tapi makanan itu lah salah satu punca kenapa muka korang ditumbuhi jerawat. Lagi lagi CHOCOLATES memang salah satu FAV korang kan? :p Tahu dah.
  5. Stress.
    Jangan stress! Stress punca jerawat tau. Tapi tak tahu pula kenapa -.- Hahaha k I'm really really annoying. Tapi seriously, jerawat memang cepat gila tumbuh bila stress. Ada bukti tau! Selalu time final exam banyak je jerawat tumbuh -.- Even selalu cuci muka. 
Okay okay tu je punca yang minah kepoh tahu sebenarnya :p Yang lain pun actually ada lagi tapi tangan ni laju sangat menaip sampai tak ingat dah apa lagi punca-puncanyaaa. Okay cara-cara mengatasinya. Jeng jeng jeng~ *drum*
  1. Cuci muka selalu!
    Ye ini lah cara paling penting sekali! Tapi bagi Islam, pencuci muka paling berkesan adalah wudhu' kan? Tapi apa salahnya pakai rm10 ke berapa berapa je untuk muka kita juga kan. Dah kahwin nanti takkan nak biar suami tengok muka penuh jerawat? :p Well ada banyak pencuci muka yang dijual tapi yang saya pernah pakai cuma beberapa produk je tapi produk yang saya setia pakai adalah oxy dan garnier. Kadang kadang pakai lah sekali dengan toner etc.

                          
                           
  2. Jangan biarkan make up ketika anda tidur.
    I mean, kalau nak tidur pastikan muka kita bersih dan takde sebarang bahan kimia di muka. Kalau tak.................... Habislah habislah! Senang sangat jerawat nak tumbuh. Ada faham? :p Hahaha faham faham je ah.
  3. Amalkan makan vitamin C!
    Vitamin C bagus untuk kesihatan! Dan juga wajah kita! Tolong lah tolonglah *merayu* jangan lupa spend sikit duit korang beli vitamin c kalau nak kekal cantik *cewwahh* Vitamin C sedap apa? Ada perisa oren, anggur etc. Ha ha ha.

                     
  4. Pakai oxy 5 dan sapu dekat jerawat.
    Tahu tak oxy 5 yang mana?
                        
    Ni memang berkesan. Harga dia pun macam rm15 macam tu lah. Dekat farmasi or kedai yang jual produk oxy confirm ah ada jual benda ni. Saya pun mula pakai lepas dapat tahu dekat beberapa websites. Idk sama ada betul ke tak tapi ada beberapa websites cakap sapu ubat gigi dekat jerawat tu sebelum tidur. Hahaha so saya pun try ah and boleh lah tahan. Jerawat tu dia mengecut cuma tinggal macam parut. Bila tinggal parut kenalah sapu krim kan. Terpulanglah dekat korang nak try ke tak :B

Okayy so guys. Ni je yang minah kepoh dapat share hari ni c(: Kalau ada banyak lagi tips or cara or apa apa je yang berkaitan dengan JERAWAT or kecantikan.......... Minah kepoh update nanti okayy :) Keep reading my blog okay! Bye assalamualaikum!




Thanks :) Comment okay.

1 comment:

  1. nice tips.. vita c saya suka shaklee. even boleh sapu kat muka. parut plak pun vita e Shaklee juga. sma juga utk bersihkan darah kotor yg jadi punca jerawat. boleh dapat tips lagi kat page saya http://inavitamin.blogspot.com/

    ReplyDelete