Sunday 5 August 2012

Fesyen Warna Berani (Colour Blocking)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Salam Ramadhan Al-Mubarak. Pejam celik pejam celik, dah masuk separuh bulan Ramadhan. Kira kira dalam beberapa belas hari lagi sebelum tibanya bulan Syawal, bulan kemaafan dan bulan perayaan kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Minah Kepoh nak share satu fesyen yang menjadi trend sekarang, apa eh? Tengok tittle tu kejap..... Oh yeah, Fesyen Warna Berani a.k.a colour blocking. Fuhh, tarik nafas :-) Minah kepoh jarang la jugak try pakai padanan baju dan seluar yang berani takut nanti nampak macam badut kan *gelakjahat* Tapi bila Minah kepoh ke mana mana je selalu sangat nampak orang pakai padanan baju mereka dengan warna berani. Macam:


  1. Hijau + kuning
  2. Biru + pink
Memang nampak pelik sangat. Kalau boleh nak gelak guling guling je dekat mereka semua ni terutamanya golongan remaja yang suka ikut trend sekarang kan. Contoh colour blocking yang cik badut. Ehhh cik badut pulak, Minah kepoh jumpa dekat Mr Google dan menarik perhatian Minah kepoh untuk share dengan korang.....

                                       
Gaya berani artis sekarang :o Sempena bulan Syawal yang akan datang, Minah kepoh tercari cari jugak seluar jeans berwarna berani macam merah atau pink. Kalau terjumpa, memang awal awal rembat pergi bayar lah. Bukan rembat tu mencuri eh. 

Tips untuk semua:
  1. Kalau korang baru nak berjinak-jinak nak try pakai trend colour blocking ni, korang try dengan aksesori macam bracelets, rantai, subang, jam, tali pinggang, kasut dan sebagainya. Aksesori tu pelengkap gaya okayy :)
  2. Kalau baru first time pakai tu, jangan terlalu gopoh sampai terus pakai warna macam baju merah, seluar hijau, kasut biru. Hey, tersangatlah kelakar tau even warna tu blocking. Kita chill, pilih warna elok elok dulu. Bila dah selalu biasa pakai colour blocking baru try warna tersangatlah berani tu.
  3. Perlu ambik tahu jugak kemana korang nak pergi sebelum nak pakai colour blocking. Sekali korang pergi majlis kenduri kahwin dengan warna berani ni, tak ke nampak pelik? :D 
  4. Stay cool and chill. Watlek je kalau orang lain pandang kita macam kita ni alien dari planet marikh :D Sebab actually diaorang la alien sebab tak pernah nampak trend yang korang pakai.
  5. Kalau baru first time pakai, try pakai colour blocking dengan padanan warna hitam. Boleh cover sikit yang korang bukanlah alien blocking.
Well, warna pakaian kita menampakkan mood kita kan? Warna berani macam warna ceria :) Merah, biru, kuning, hijau etc. Semua nya warna cerah, terang. Taklah nampak sangat yang korang tu baru lepas putus cinta sebenarnya :D 

                         Colour_blocking_gucci_spring_2011_large
                         Bright-fashion-20_large
Oh ye, Minah kepoh nak share sikit. Minah kepoh pernah pakai colour blocking dengan padanan blouse hitam, seluar hitam, flat shoes biru cair polka dot hitam dan juga bracelets biru dan pink :D Bracelets paling cantik Minah kepoh pernah beli dekat FOS harga dia lebih kurang rm13 somethings. Macam mana pulak cerita korang dengan colour blocking? :) That's all............. Assalamualaikum dan selamat mencuba!

Thanks :) Comment okay.

No comments:

Post a Comment