Monday 3 June 2013

Fitness freak!

Hi assalamualaikum!

Dah lama minah kepoh tinggalkan blog ini bersarang tanpa post terbaharu. Jadi hari ni saya mengambil sedikit masa untuk menaip new post. Semalan saya dengan khusyuknya stalk instagram Shila Amzah dan tanpa berhenti saya scroll kesemua gambar beliau sebab saya tertarik sangat dengan hashtag fitnessfreak! Oh ye, Shila Amzah sedang berdiet sekarang ni.

Minah kepoh tengok dia takde lah gemuk mana. Cantik je slim je. Tapi dia nak juga berdiet. Dan ketika itu tetiba datang satu semangat entah dari mana menyatakan bahawa MINAH KEPOH PUN NAK DIET JUGA! Ye itulah kenyataannya :p Jadi dengan ini minah kepoh ingin menyatakan bahawa june adalah bulan permulaan saya untuk berdiet!

Jadi hari ni minah kepoh nak kongsi sikit tips macam mana nak berdiet secara sihat :) Walaupun kekadang minah kepoh ni berdiet menggunakan cara yang entah apa sampai kekadang melanggar dan melupakan bahawa saya sedang berdiet seperti hari ini minah kepoh lunch makan mcchicken. Haih susah sangat nak menolak. Asyik digoda oleh makanan sahaja :(

Okay mari mulakan tips yang saya peroleh daripada banyak sumber.

                   Large
1. Stop to say this.
Kalau korang nak berdiet, jangan pernah cakap TAK BOLEH. Korang boleh sebenarnya. Cuba sedaya upaya. Kalau nak kurus, kenalah berusaha. Jangan malas jangan bagi banyak alasan.

2. Workout.
Paling penting of course workout. Bukan sekali seminggu tapi cuba SETIAP HARI. Buat satu benda yang boleh keluarkan peluh. Actually, sebelum tidur pun korang boleh workout dengan buat bicycle crunches. How? This can help you.

                   6e35c5f097f711e29f3f22000a1f978e_7_large
Buat ni everytime sebelum tidur. Jangan pernah berputus asa!

Untuk workout yang lebih bagus......... THIS!

                   Large
                                              Large
20 minutes per day pun dah memadai! Korang boleh check more workout dekat mr google! :) Yang penting buat workout setakat yang korang mampu. Jangan terlalu push sebab nak kurus nanti korang akan stress sangat! Jangan terlalu lama sangat buat workout nanti penat pun tak okay gak. Buat this everyday selama 4 minggu berturut-turut ataupun amalkannya setiap hari sampai lah bila-bila. Jangan pernah stop workout nanti rugi je lah korang workout penat penat sebulan lepas tu dah topup balik dengan lemak lain kan?

3. Berjalan daripada menggunakan kereta ataupun motor.
Yes. Lagi lagi kalau pergi supermarket ke apa kan, apa salahnya parking jauh sikit instead of nak berebut parking dengan orang lain? Ini kalau korang bolehlah tapi kalau hujan ataupun ada ahli family yang oku memang susahlah nak parking jauh-jauhkan.

4. Naik tangga daripada menggunakan lift.
Sesuai untuk orang yang kerja di pejabat. Pelajar sekolah pun boleh ((lagipun memang takde lift dekat sekolah)) Untuk orang yang duduk di pangsapuri mahupun kondo pun boleh jugak. Kalau tangan kosong tanda barang berat apa salahnya gunakan tangga sekali-sekala? Untuk jantung yang sihat juga kan? Yang duduk dekat pejabat tu bukannya buat kerja berat sangat pun. Asyik menghadap depan komputer atau fail yang banyak je. Apa salahnya sihatkan badan sikit dengan menggunakan tangga? :)

5. Balance diet.
Makan makanan yang berkhasiat. Elakkan makan-makanan yang mempunyai banyak gula, garam dan bergoreng. Say no to chocolates. Nak makan boleh tapi berpadalah. Jangan ambik dalam kuantiti yang banyak. Jadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai bff semasa makan. Ambil juga vitamin untuk kesihatan yang lebih baik. Kurangkan minum air yang berais dan air berkabonat. Minum jus buah. Kurangkan gula dalam minuman. Minum air putih 8 gelas sehari. Lapar? Pilihlah buah-buahan sebagai makanan anda! :) Nak nampak lebih sedap, jadikan buah yang berwarna- warna itu sebagai salad.

              Large

Yang paling penting berusaha dan jangan putus asa! Itu je lah untuk hari ini! Semoga kita jumpa lagi dalam entry yang lain! Bye korang! LETS FITNESS TOGETHER! :)
Thanks :) Comment okay.

No comments:

Post a Comment